Monday, March 2, 2009



Sahabat itu cintaku

Ku cuba mengenali erti cintanya
Dahulu..
Berulang kali dia katakan sayang padaku
Aku percaya itu
Tapi kini mengapa
Hati ini menidakkan
kasih sayangnya itu

Acapkali bersamanya
Ku buang duka ku
Ku tanam dendam ku
Ku campakkan rasa pedih jiwaku

Cinta manusia itu adalah sahabatku
Sahabat yang ku sangka mencintaiku
Sahabat yang ku sangka menyayangiku
Sahabat yang menjadi peneman sepiku
Melayani senda gurauku
Rupanya hanya lah permata usang tak laku..

Terkadang aku keliru
Dia kah cinta itu
Sentiasa membuat hati ku pedih bagai di palu
Yang kekadang membuat aku ingin pergi jauh
Hingga cinta itu aku ragu

Di kala sepi membungkam diri
Dia yang ku tunggu
menjelmakan diri
mewujudkan ketenangan dalam diri
Dia sahabat teman sejati
Cintanya padaku tak akan berganti
Kerana cintanya atas cinta ilahi
Dia lah sahabatku..
Menemani dukaku
Mengajari zikirku
Menemaniku mengenali
Penciptaku..

Terima kasih sahabat
Ku telah temui cinta itu..


1 comment: