Monday, April 20, 2009

Kesediaan Guru

PENGENALAN

Definisi Kesediaan Guru

Sejauhmana seorang guru bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang guru.

Kesediaan guru dari empat aspek iaitu :

1) Ilmu dan Kemahiran

2) Emosi

3) Rohani

4) Jasmani

Ilmu – merujuk kepada kefahaman seseorang terhadap sesuatu perkara.

Kemahiran – kepintaran atau kecekapapan (melakukan sesuatu).

Emosi – perasaan jiwa yang kuat seperti sedih, gembira, takut dan lain-lain.

Rohani – perkara-perkara yang berkaitan dengan roh dan semangat.

Jasmani – badan dan tubuh


KESEDIAAN GURU DARI SEGI ILMU DAN KEMAHIRAN

JENIS-JENIS PENGETAHUAN :

1) Pengetahuan Pelbagai Bidang

- Guru perlu bersedia mengubah dari terlampau mengkhusus dalam sesuatu bidang kepada melengkapkan diri kepada pelbagai bidang.

- Dalam pelaksanaan kurikulum bersepadu, guru perlu mempunyai pengetahuan lain selain pengetahuan bidang khusus yang diajar.

2) Pengetahuan Mata Pelajaran

- Guru semestinya mempunyai latar belakang pengetahuan yang kukuh dan mencapai peringkat tinggi.

- Sekiranya guru tidak mempunyai kelayakan mengajar, ini akan mengaibkan pihak sekolah dan profesion keguruan.

- Guru yang mempunyai kelayakan dan latihan yang baik dalam mata pelajaran berkenaan adalah penting untuk menentukan kualiti pengajaran dan kualiti pendidikan di sekolah.

3) Pengetahuan Pedagogi

- Kekuatan profesion keguruan dan kecekapan guru bergantung pada kekuatan pengetahuan pedagogi.

- Merupakan pengetahuan tentang P&P; kaedah, pendekatan, teknik, stail pengajaran, kebolehan dan pengetahuan guru menggerakkan dan meningkatkan kualiti pengajaran, keterampilan dan kepakaran guru sebagai pendidik, pembimbing, pengasuh, jurulatih dan pemimpin pendidikan yang dihormati murid.

4) Pengetahuan Psikologi Pendidikan

- Merupakan pengetahuan asas bagi membentuk guru yang berkesan melaksanakan tugas pengajaran dan pembelajaran.

- Pengetahuan psikologi amat penting bagi mencorakkan guru yang berwibawa, guru yang memahami perkembangan murid, guru yang mempunyai psikologi hubungan manusia yang baik, guru yang berhemah dan guru yang mampu menangani dan memenangi hati dan perasaan murid-muridnya dan juga orang lain.

5) Pengetahuan Sosiologi

- Merupakan satu bidang pengetahuan yang penting kepada pendidikan guru.

- Membolehkan guru memahami pelbagai isu dan persoalan yang wujud dalam sesuatu masyarakat dan pengaruhnya terhadap pendidikan.

6) Pengetahuan Tentang Murid

- Guru perlu mempunyai pengetahuan yang baik tentang murid yang diajarnya bagi membolehkan guru melaksanakan tugasnya dan memenuhi keperluan individu murid yang berbeza dari segi kebolehan dan kecekapan.

7) Pengetahuan Am

- Guru perlu mempunyai pengetahuan am yang terkini tentang pelbagai perkara atau menyentuh isu-isu semasa yang boleh diperoleh daripada sumber rujukan dan bacaan.

- Merupakan pengetahuan yang amat penting dalam kehidupan seseorang kerana tugas guru sebagai pendidik memerlukan mereka sentiasa peka dan tahu apa yang berlaku di persekitaran hidup mereka.


KESEDIAAN GURU DARI SEGI EMOSI

Aspek yang penting dalam kesediaan guru dari segi emosi ialah :

1) Penilaian dan ekspresi emosi

- Penilaian emosi akan membantu meningkatkan input emosi dalam membuat keputusan.

- Emosi yang tepat akan memastikan seseorang itu mampu berkomunikasi secara efektif.

- Dalam ekspresi emosi terbahagi kepada dua iaitu :

i. Menunjukkan ekspresi emosi, tetapi gagal mengawalnya.

ii. Menunjukkan ekspresi emosi, tetapi takut untuk melakukannya.

2) Emosi dan proses membuat keputusan

- Emosi yang positif akan membantu membuat perancangan dan keputusan dengan lebih baik.

3) Pengetahuan mengenai emosi

- Membantu dalam memahami emosi diri dan emosi orang lain.

4) Pengurusan emosi

- Mampu menguruskan emosi diri dan orang lain.


KESEDIAAN GURU DARI SEGI ROHANI

1) Pegangan akidah yang kukuh

- Berpegang kepada agama dengan melaksanakan ibadah dengan ikhlas.

2) Melaksanakan tanggungjawab

- Mengetahui bahawa tanggungjawab adalah amanah yang wajib dilaksanakan.

3) Memupuk dan membina disiplin diri

- Bersikap positif, mempunyai pengurusan masa dan diri yang tinggi.

4) Membentuk akhlak mulia

- Mengetahui nilai baik dan buruk.

- Menyedari kesan daripada perbuatan baik dan natijah daripada perbuatan buruk.



KESEDIAAN GURU DARI SEGI JASMANI

1) Kesihatan

a) Mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang-

· kesihatan fizikal dapat dicapai dengan pengambilan makanan yang berkhasiat dan seimbang agar badan memperolehi tenaga yang mencukupi untuk menjalankan aktiviti mental, fizikal,social, dan fisiologi.

b) Mengamalkan gaya hidup yang sihat-

· rancang kandungan dan kuantiti pengambilan makanan yang betul

· jadual waktu makanan yang sesuai

2) Penampilan

“Guru diakui mempunyai pengaruh yang amat besar terutamanya ke atas murid-murid sekolah rendah”(Wan Mohd Zahid Mohd Nordin, 2003).

a) Memahami etika pemakaian : kemas dan menarik, tidak menjolok mata

b) Kod etika perguruan Malaysia :

- Guru lelaki dilarang memakai serban atau kemeja –T dan seluar jeans.

- Guru wanita tidak digalakkan memakai pakaian yang tidak berlengan, skirt pendek atau pakaian jarang.

c) Pemakaian sesuai dengan profesion perguruan Pendidikan Islam-

· sebagai cara hidup yang lengkap, islam juga mengatur penganutnya cara berpakain iaitu:

1. menutup aurat

2. tidak berpakain yang bertentangan dengan fitrah

d) Pemilihan warna pakaian mempengaruhi emosi

“setiap unsur kimia di dalam tubuh dan di atas muka bumi mempunyai sifat frekuensi tenaganya sendiri yang dapat dikaitkan dengan frekuensi warna. Dalam tubuh manusia, warna memainkan peranan sebagai penyeimbang sel muntuk penyembuhan” (Dr Norhisham Wahab)

d) Ekspresi muka

3) Ketahanan jasmani

“Alam semulajadi yang merupakan sebuah makmal hidup yang kaya dengan sumber ilmu. Ia boleh digabungjalin dengan amalan yang boleh memperkayakan pengalaman dan memupuk nilai-nilai murni bagi melahirkan individu yang sihat dari segi rohani dan jasmani dalam usaha mewujudkan integrasi di kalangan masyarakat ke arah perpaduan nasional”. Falsafah Pendidikan luar. (pusat Perkembangan Kurikulum (1998)).

a) Melibatkan diri dengan aktiviti mencabar. Contohnya : jungle tracking, treasure hunt dan lain-lain.


KESIMPULAN

Seorang guru mestilah mempunyai kemahiran dalam pelbagai ilmu, berketrampilan, mempunyai emosi yang stabil dan pegangan akidah yang kukuh.

Apabila keempat-empat aspek ini wujud dan diaplikasikan oleh setiap guru dalam kehidupan maka dengan itu guru tersebut sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai seorang guru.

No comments:

Post a Comment